Monday, July 30, 2012

Sukan Tahunan Smk Tuanku Abdul Rahman

pada bulan jun pada 2012 ,Smk Tuanku Abdul Rahaman telah mengadakan sukan tahunan



rumah sukan laksamana iaitu pemenang bagi acara pembarisan...


rumah sukan syahbandar iaitu pemenang johan bagi sukan tahunan


rumah sukan temenggung iaitu naib johan sukan tahunan


rumah sukan bendahara iaitu mendapat tempat ketiga

Tuesday, July 24, 2012

SMKTAR GEMAS: PERSARAAN TN PENGETUA


 persaraan puan hajah sakdiah telah berlalu dan menjadi sejarah buat selama - lamanya

lagu sekolah

Kami murid STAR berikrar
Berusaha tekun belajar,
Ilmu dan sukan menjadi amalAn
Itulah jadi panduan


Segala bangsa berganding bahu
Maju dan bersatu padu
Marilah bergotong-royong selalu
Semangat luhur dan jitu


Hari demi hari berganti
Tahun demi tahun menjelang
Kemajuan tercapai pasti
Penuhkan masa terluang


Cita-cita kami tinggi menjulang
Semangat nyala berapi
Dari itu masa jangan dibuang
Kita akan berjaya nanti

lagu sekolah kami di Smk Tuanku Abdul Rahman

Thursday, July 5, 2012

Sejarah sekolah ku .....

Assalamualaikum pembuka bicara :D...
Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.Pada tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu, tapak asal sekolahini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan Jalan Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi Tanah Melayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas.Pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke Padang Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama.Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyaigabungan sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untukSekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibukasecara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7Oktober 1968.Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas BukitMasjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, makalokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah KebangsaanTuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang.Senarai Nama Pengetua SMKTAR 1949-2009TahunNama1949En. V.m. francis1952En. K. Ponnudurai1956tn. Hj. Putih bin hj. Tahir1960En. P. Kanth swamy1962En. V. Krishnan1969En. Harbajan singh sidhu1980 En.Sulaiman bin kassim pjk(1988)En. A. Tavamani pjk(1991) tn. Hj. Abdul rahim bin ahmad(1999)En. Khoo boon nam(2001)En. mohan singh a/l shamir singh (2004) En. Mohd isah bin ismail(2008) Pn. Hjh sakdiah bt saleh(2012)